Di penghujung tahun 2009, hasil kaftan sudah menjadi kegemaran pereka fesyen untuk mencipta hasil rekaan baru sulam manik dan labuci mereka. Hasil kreatif jahit manik dan labuci terkini kaftan itu bermula dengan kain kaftan yang polos sehingga ia dihiasi bersama hasil rekaan jahitan manik labuci yang cantik.

Revolusi Hasil rekaan Jahitan Manik dan labuci Kaftan.

Bermula dengan hasil rekaan jahit manik dan labuci yang hanya fokus di lengan-lengan baju semata-mata dan seterusnya berkembang serta dijahit pada leher yang berbentuk V. Kemudian, hasil corak jahit manik labuci ini menumpukan pula di bahagian depan pakaian kaftan sama ada di leher serta juga di bahagian bawah dada serta kelilingnya. Begitu juga dengan material jahitan manik dan labuci terkini yang digunakan juga sudah diubah dan berbeza-beza.

Bermacam-macam Material Untuk Kaftan Berhias Sulam Manik labuci terkini.

Ia bermula daripada manik dan labuci dengan labuci serta mutiara dan terus berkembang kepada penggunaan batu-batuan Kristal yang besar dan bersegi-segi sebagai 6 segi, 8 segi, diamond dan juga air mata. Saiz yang besar-besar turut dilakukan dalam hasil corak jahitan manik dan labuci kaftan ini.

Dan penggunaan sulam tampal turut diperkenalkan supaya ia memberi kelainan ketika menghiasi rekaan sulam manik dan labuci. Ternyata, cubaan beberapa butik di ibu kota ketika memperkenalkan kaftan yang dihiasi hasil sulam manik labuci terkini mereka ini sudahpun berjaya menyemarakkan lagi fesyen fesyen Muslimah di Negara ini.

Gaya Kaftan Berhias Jahit Manik dan labuci Penyemarak Fesyen Kontemporari.

Hasilnya, gaya Muslimah sekarang adalah begitu anggun dan mewah dengan menggayakan kaftan bersama-sama hasil jahit manik labuci terkini yang menjadi faktor kemewahan utama kain tersebut.

Jadi, anda telah bersedia menyahut cabaran hasil kreatif sulam manik labuci terkini dalam bermacam-macam fesyen semasa? Untuk itu, jangan lepaskan peluang anda supaya menguasai sedalam-dalamnya ilmu dan kemahiran jahitan manik dan labuci terkini ini yang dapat menjanjikan pendapatan yang lumayan kepada anda.

Selamat mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas Butik Akademi Sulaman Sri Classic