Corak Sulam Kerawang Baju Kurung Tradisional
DESIGN SULAM BAJU KURUNG TRADISIONAL
Corak Sulam Baju KurungKurungBusana KurungKurung PahangKurung JohorKurung Kedah Tradisional
Berikut adalah corak sulam kerawang baju kurung tradisional hasil sentuhan Butik Sri Classic©. Antara jenis baju kurung tradisional yang biasa kami sulamkan ialah kurung kedah, kurung teluk belanga, kurung pahang, dan kurung riau. Kami akan mengemaskini setiap corak sulam kerawang baju kurung tradisional kami dari semasa ke semasa. Jangan lupa untuk bookmark halaman ini untuk mengetahui design-design sulam baju kurung tradisional terkini dari Butik Sulaman Sri Classic©.
SOALAN LAZIM TENTANG
Tempahan Sulaman Kerawang Baju Kurung Tradisional.
Kami menyediakan motif pelbagai mengikut kesesuaian warna dan cork fabrik penempah. Adapun setiap tempahan sulaman kerawang kami merangkumi motif kerawang buih, kerawang lebah, kerawang sarang lelabah, kerawang paku pakis, kerawang daun, dan bermacam lagi motif kerawang. Ia bergantung kepada kesesuaian corak dan juga mengikut permintaan pelanggan kami.
Setiap tempahan sulaman kerawang butik kami mengambil masa 30 hari untuk disiapkan. Dan 30 hari ini adalah untuk satu-satu tempahan tidak melebih 3 busana. Jika penempah ingin menyulam kerawang busana lebih dari 3 busana tangguhan 7 hari akan diminta. Ini kerana kami menyulam secara ayak tradisional dan bukannya menyulam menggunakan mesin sulam berkomputer. Adalah sebaiknya jika anda berbincang terlebih dahulu bersama pihak kami dengan memberitahu tentang tarikh hari pernikahan atau perkahwinan anda untuk memudahkan proses menyiapkan tempahan sulam kerawang baju kurung tradisional anda.
Mudah sahaja.
1.Anda hanya perlu menghubungi kami terlebih dahulu bagi memastikan jenis design sulaman kerawang yang diingini, jenis fabrik yang bakal disulam, lokasi yang ingin disulam, ketebalan sulam yang diingini dan sebagainya. Ia bertujuan untuk melakukan perbincangan tentang kos dan jangka masa tempahan yang bakal diambil.
2.Kemudian, jika anda ingin meneruskan hasrat untuk menempah sulaman kerawang mesin ini bersama kami, anda perlu menempah menggunakan borang yang disediakan di bawah berserta dengan deposit ke dalam akaun kami.
3.Poskan baju atau fabrik anda kepada kami. Kami akan menghubungi anda sejurus selepas busana anda selamat sampai kepada kami.
4.Proses menyulam ayak kerawang busana anda dimulakan.
5.Dalam masa 30 hari, atau sejurus selepas tempahan sulaman kerawang anda disiapkan, pihak kami akan memaklumkan kepada anda melalui telefon dan emel.
6.Anda perlu memasukkan baki kos tempahan dan juga kos penghantaran semula busana anda.
7.Kami akan mengepos busana tempahan anda sejurus selepas pengesahan bayaran dibuat oleh anda pada hari tersebut.
Boleh. Cuma pastikan anda menghantarkan kepada kami lakaran design kerawang yang anda ingin hasilkan ketika perbincangan. Akan tetapi, anda perlu menghantar lakaran dalam bentuk siap dan bukannya lakaran atau sketch.
Boleh. Anda hanya perlu forwardkan sahaja gambar atau foto baju kurung tradisional tersebut sewaktu berbincang dengan pihak kami. Namun, pastikan gambar tersebut jelas apabila di perbesarkan untuk membolehkan pihak kami melihat dan menduplikasi design tersebut dengan mudah.
TESTIMONI PELANGGAN BUTIK SRI CLASSIC.
APA KATA MEREKA!
Alhamdulillah… dah sampai. Cantik Syida sulamnya xoxo. Terima kasih, ada rezeki boleh buat lagi.
Puan, mak saya dah dapat baju sulam tu. Dia cakap sulam kerawang tu cantik sangattttt. Thank you so much. Nanti dia nak hantar lagi.
Terima kasih bebanyak. Saya suka sangat especiallay kat tangan. Saya suka kerawang kat tangan.
Wah dah siap ke sulam kerawangnya? Kenapa cantik sangat ?? Suka sangat.
Assalamualaikum Syida. Terima kasih untuk sulam kerawang. Cantik sangat.
Terima kasih untuk design sulaman. Of course OK sangat. Memang saya rekomen kat sedara yang datang untuk buat sulam dgn Syida.
Ya Allah loveee sangat sulamnyaaa cantik. Semua kata nampak exclusive dan jarang2 org skrg nak buat sulam lagi utk baju majlis kahwin. Semua tanya buat sulam kat mana sbb skrg susah nak jumpa org mahir buat sulam. Cantik sangat xoxo. Terima kasih Syida jadikan baju saya cantikk. Semoga Allah lapangkan rezeki sentiasa, dipermudahkan urusan dan semoga terus berjaya!
Alhamdulillah… cantik sulaman. Tak puas mata memandang. Tq yer..
Baru je masuk office and buka parcel baju… cantik… tq very much
Cantik dan kemas sulaman. Tq so much.
Salam syida, baju sulam dah sampai… and cantik sangat. thx so much. colour combinations.. all cantik.
Wah! Cantiknya sulam kerawang saya. Terima kasih Puan Syida!
Kak Syida, Anis dah ambik sulam nie. Cantik sangat … anis sukaaa.
Assalamualaikum.. Saya sudah terima baju. Cantik kerawang. Terima kasih byk2